Monday, December 22, 2014

BAHAYA MEROKOK KEPADA TUBUH BADAN

CARA BERHENTI MEROKOK SECARA SEMULAJADI



Bismillahirrahmanirrahim..Assalammualaikum..Pada entri kali ini saya berkongsi dengan anda berkenaan dengan bahaya merokok kepada tubuh badan kita. Saya sendiri pun naik hairan setiap kali saya tengah memandu hendak pergi atau pulang kerja saya pasti akan berjumpa dengan seorang pakcik ini sedang memandu sambil menghisap rokok dan boleh dikatakan hampir setiap hari saya akan berjumpa dengannya.Saya sendiri pun tak pasti adakah ianya kebetulan atau pun memang dah masa seorang pakcik ini pergi kerja. Tetapi apa yang saya perhatikan setiap kali saya berjumpa dengannya pasti akan ada puntung rokok ditangannya atau dengan kata lain beliau sedang menghisap rokok. Tengok dari caranya menghisap rokok memang boleh dikatakan seorang otai lah bab merokok ni. Tetapi adakah pakcik ini terfikir akan keburukan atau betapa merbahayanya merokok kepada kesihatan diri sendiri dan pada orang lain. Hatta asap rokok pun sangat merbahaya apatah lagi kepada penghisapnya.

APA ITU ROKOK?

Rokok diperbuat daripada tembakau yang dibalut berbentuk silinder samada daripada kertas mahupun daripada berbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter 10mm. Rokok akan dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.

APA YANG TERKANDUNG DALAM ROKOK?


  1. Raksa - Logam dalam jangka suhu
  2. Vinil Klorida - Bahan Utama Plastik
  3. Toulena - Pelarut industri
  4. Ammonia - Pencuci lantai
  5. Arsenik - Racun tikus
  6. Kadmium - Bahan utama bateri alkali
  7. Stearik -  Bahan utama dalam lilin
  8. Sianda - Racun berbisa
2 CIRI-CIRI PEROKOK
  • Perokok aktif - Orang yang menghisap secara langsung puntung rokok.
  • Perokok pasif - Orang yang secara tidak langsung menghisap rokok, tetapi menghisap asap rokok yang dikeluarkan dari mulut orang yang menghisap rokok.
APAKAH KESAN MEROKOK KEPADA PEROKOK AKTIF
  • Kanser pundi kencing
  • Kanser perut
  • Kanser usus dan rahim
  • Kanser mulut
  • Kanser esofagus
  • Kanser tekak
  • Kanser pankreas
  • Kanser payudara
  • Kanser paru-paru
  • Strok
  • Penyakit jantung
  • Kemandulan
  • Putus haid awal
  • Otot lemah
  • Kelahiran bayi yang cacat
  • Bronkotis
  • Batuk
APAKAH KESAN ROKOK KEPADA PEROKOK PASIF
  • Meningkatkan risiko kanser paru-paru
  • Penyakit jantung
  • Masalah pernafasan seperti radang paru-paru atau bronkitis
  • Sakit atau pedih mata
  • Sakit kerongkong
  • Sakit kepala

APAKAH YANG TERKANDUNG DALAM ASAP ROKOK
  • 2 kali lebih banyak nikotin
  • 5 kali lebih banyak karbon monoksida
  • 3 kali lebih banyak tar
  • 50 kali lebih zat kimia yang berbahaya kepada kesihatan

APAKAH PENYELESAIANNYA?





Pernah tengok tak botol ini? Inilah yang di katakan tonik ajaib dalam Shaklee. Vivix ini amat-amat membantu kepada perokok yang hendak berhenti merokok. Bagaimana vivix dapat membantu anda berhenti merokok? Apabila anda meminum satu sudu vivix setiap hari selama 2 minggu, anda akan merasakan rokok itu sungguh pahit. Tetapi suami saya minum satu sudu vivix selama 3 hari dah tak boleh hisap rokok, katanya rasa rokok itu amat pahit. Ini bermakna sel-sel badan anda sendiri yang menolak rokok secara semulajadi.




Kelebihan VIVIX ni ialah ia bertindak pada peringkat sel dalam 4 cara :
  1. Melindungi DNA dari kerosakan : setiap sel dalam tubuh manusia terdedah kepada 1 juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel
  2. Membaiki kerosakan DNA : dengan cara memperbaiki pengatur genetik yang berperanan dalam proses pembaikan sel
  3. Mengecas tenaga pada Mitokondria (sumber tenaga sel) : sel yang tidak mempunyai tenaga yang cukup tidak akan berfungsi dengan sebaiknya
  4. Membersihkan protein AGE (bahan sisa dari tindakbalas protein): semakin bertambah umur, semakin banyak bahan sisa dalam sel yang boleh mengganggu fungsi optimum sel
Jadi saya sarankan kepada anda yang memang perokok tegar ataupun perokok tak tegar hentikanlah menghisap rokok ini. Ianya bukan sahaja membahaya nyawa atau kesihatan anda malahan untuk orang disekeliling anda. Sayangilah mereka. KATAKAN TIDAK KEPADA ROKOK!






Hubungi saya : UMI KHALSUM BINTI SAAD
                      016-9800440
                      umikhalsum ( fb)
                     Aspirasi ibu sihat & cantik ( fanpage)
                     www.umikhalsumbtsaad.blogspot.com( blog)




No comments:

Post a Comment

Copyright to UMI KHALSUM
Designed by UMIESUEstudio 2015