LEGASI SHAKLEE





DR.FORREST C. SHAKLEE,SR
( PENGASAS SHAKLEE )

Selama tempoh lebih 5 dekad, Syarikat Shaklee telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semulajadi yang terulung didunia.
Pada tahun 1915, DR.Forrest C. Shaklee telah mencipta " vitalized minerals", iaitu merupakan multivitamin yang pertama di dunia. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia. Usaha beliau telah menjadikannya sebagai pelopor industri nutrisi dan kaedah pengagihan yang menawarkan faedah dan keuntungan kepada para pengedar.
Tatkala ramai orang lain mengamalkan penggunaan bahan plastik dan bahan-bahan sintetik, Shaklee kembali kepada semulajadi dengan cara mencari bahna-bahan semulajadi yang tulen untuk menghasilkan vitamin dan beliau juga antara yang terawal mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegrasi di dunia.
Tatkala ramai orang dan syarikat lain membelanjakan wang untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran, Shaklee melaburkan berbilion ringgit sebagai ganjaran kepada para pengedarnya yang berkongsi tentang Shaklee. Ditambah pula dengan jutaan ringgit yang di burkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan Shaklee.
Syarikat Shaklee meneruskan kesinambungannya di dalam menerajui kepercayaan bahawa kesihatan dan kebahagiaan manusia sebagai sandaran utama kepada pembinaan dan pembentukan kehidupan  dunia yang lebih baik.




IBU PEJABAT SHAKLEE DI PLEASANTON, CALIFORNIA.

No comments:

Post a Comment

Copyright to UMI KHALSUM
Designed by UMIESUEstudio 2015