Friday, February 6, 2015

KELEBIHAN JADI AHLI AKADEMI BEKERJA DI RUMAH.


Jam sudah menganjak pukul 2.00 pagi. Entahlah kenapa mataku terasa keras benar pada malam ini. Besok kerja, tapi biarlah keterujaan menulis itu melebihi dari segalanya. Sejak saya mengetahui teknik-teknik penulisan yang betul di blog, saya merasa begitu teruja untuk menulis. Idea datang mencurah- curah dalam fikiran ini. Sebelum ini hendak menulis satu-satu entri pasti termenung dahulu. Manakan tidaknya fikiran ini terasa kosong, tidak tahu apa yang hendak di tulis. Adakah ini semua disebabkan penangan dari Akademi Bekerja Di Rumah ( ABDR ) ?. Mesti anda semua tertanya -tanya apakah  ABDR?
Pernah lihat tak logo seperti dibawah ini? Kalau anda pernah melihat mana-mana blog yang mempunyai logo ini, mereka adalah ahli ABDR.

APA ITU AKADEMI BEKERJA DI RUMAH?

Akademi Bekerja Di Rumah ialah satu kumpulan sokongan atau satu kelompok khususnya untuk para sura/suri yang ingin  bekerja dari rumah atau yang ingin menjana pendapatan dari rumah melalui online ( atas talian ) 100%.  Sehingga bulan Februari 2015 ahli ABDR sudah mencecah seribu orang lebih. Protege akan dimasukkan dalam kumpulan  kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut.

SIAPA PENGASAS ABDR?

Pengasas ABDR ialah Puan Masayu Ahmad. Sebelum beliau menubuhkan ABDR ini, beliau adalah seorang wartawan dan pengarang disebuah syarikat penerbitan di Malaysia. Sekarang beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan seorang suri rumah yang menjana pendapatan dari rumah ( WAHM ). Tujuan beliau mewujudkan ABDR ialah untuk membantu mana-mana atau sebagai kumpulan sokongan kepada para sura atau suri rumah yang ingin menjana pendapatan dari rumah melalui medium blog, fanpage facebook. Banyak ilmu dan tips -tips yang telah dijadikan panduan untuk ahli ABDR untuk lebih fokus dalam ABDR atau dalam penulisan blog dan untuk panduan bagi wanita yang bekerja makan gaji yang bercita-cita untuk bekerja di rumah ( WAHM ) dan mempunyai pejabat di rumah.( SOHO ). Disebabkan beliau seorang yang suka menulis, beliau telah berjaya menghasilkan beberapa buah buku yang amat berguna untuk dijadikan panduan. Antara buku yang telah beliau hasilkan ialah Jana Wang Di Rumah, Buat Duit Dengan Salon, Panduan 44 Hari Pantang Tradisional dan Moden, Ebook Jana Wang Di Rumah, Ebook Panduan mula Bisnes Butik, Ebook Super WAHM Super Mom, Ebook Belajar Asas Blog dan beberapa buah buku lagi akan diterbitkan.
SIAPA YANG BOLEH SERTAI ABDR ?
  • Suri rumah sepenuh masa yang ingin menjana pendapatan dari rumah.
  • Suri rumah yang bekerja dengan majikan dan ingin menjana pendapatan sampingan dari rumah atau sememangnya sudah menjalankan perniagaan kecilan secara sampingan.
  • Peserta bukan sahaja fokus kepada suri rumah, malah sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dari rumah boleh menyertai ABDR.

KELAS DI ABDR.
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
  •   Kelas online iklan di mudah.my
  •   Kelas online penulisan kreatif
  •   Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  •   Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  •   Ruang Iklan di Soho Directory

DI MANA KELAS AKAN DILANGSUNGKAN?
 
Kelas ABDR dilangsungkan  secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa apabila  sudah bersedia. Waktu kelas ini sangat fleksibel.  Anda tidak perlu keluar dari rumah dan meninggalkan keluarga. Apabila tugasan sudah disiapkan, anda bolehlah memaklumkan kepada guru online anda. Masa untuk menyiapkan tugasan bergantung kepada diri anda sendiri.

KENAPA PERLU SERTAI ABDR ?

 1. Peserta kami adalah kebanyakan suri bekerjaya dan surirumah yang bekerja  secara online 100 peratus, ia fleksibel, boleh mula bila-bila masa.. Ada 10 langkah tugasan untuk kelas asas blog dan penulisan, dan 16 langkah mudah untuk bina kedai online.

2. Selepas selesai semua tugasan, peseta akan di serap masuk dalam kumpulan tertutup ABDR. Dari situ peniaga boleh membina jaringan, peserta pula boleh mencari peluang-peluang baru untuk bina persahabatan dan sokongan.


3. Sangat sesuai untuk surirumah yang baru mahu mula, tidak tahu urusniaga asas, tidak tahu buat borang, tidak tahu mahu mula dari mana, tidak ada produk kit dan kami akan sedia kan produk.

4. Belajar membina kelompok sasaran untuk produk dan perkhidmatan yang bakal ditawarkan. Blog dan facebook adalah langkah paling asas dan mudah untuk kita belajar berjualan online. Ini sesuai bagi orang yang sibuk, surirumah yang pemalu.

5. Trek pemula. Bagi mahu mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Khususnya persediaan bagi surirumah yang tidak ada apa-apa asas. Kita mempunyai barisan pengajar di seluruh Malaysia, tidak ada had masa, kami menerima pendaftaran setiap hari.
6. Setelah tamat melakukan kesemua tugasan, protege boleh mula menggunakan blog dan fanpage niaga di facebook sebagai platform untuk menjana pendapatan dari rumah.

7.  Jaringan networking antara rakan akademi yang bergabung dalam ABDR juga kebanyakannya terdiri daripada kalangan surirumah dan suri bekerjaya.

8.  Boleh berkenalan dan bertukar pandangan, pengalaman dan kemahiran antara rakan akademi.

9.  ABDR sebagai kumpulan sokongan untuk suri yang bekerja dari rumah mendapatkan semangat, motivasi dan sebagainya.

10.  Pertukaran antara blog rakan akademi juga dapat membantu menarik traffik ke blog dimana ahli ABDR telah mencecah seramai 1000 orang lebih.

11.  Protege ABDR yang telah berjaya menyiapkan tugasan secara automatik akan menjadi Rakan Niaga ABDR dengan menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR secara online.

12. Sekiranya protege ABDR tidak ada lagi produk, protege juga adalah layak untuk menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR seperti ebook digital, kelas online dan tapak pengiklanan maya di soho directory.

13.  Penulisan protege ABDR yang baik berpeluang untuk mendapat perhatian majalah atau suratkhabar tempatan dan juga boleh menghasilkan ebook atau buku penulisan sendiri.

Alhamdulillah, selepas saya menjadi ahli ABDR, begitu banyak ilmu yang saya dapat berkenaan dengan blog, cara urusniaga online, motivasi daripada ahli ABDR dan lain-lain lagi. Rasanya dengan yuran yang saya bayar itu tidak dapat menyaingi ilmu yang saya perolehi di ABDR ini. Saya pun sebenarnya merasakan macam bermimpi disiang hari, manakan tidak macam tidak percaya saya mampu mempunyai blog sendiri hasil tangan sendiri. Ianya amat bernilai bagi saya yang baru hendak berjinak dalam dunia perniagaan online ini.

ABDR ini hanyalah satu tempat seperti sekolah dimana kami hanya melatih dan memberi ilmu kepada protege, tetapi kalianlah yang harus terus berusaha lebih gigih dan mempraktiskan semua ilmu yang diperolehi untuk mencapai kejayaan seperti yang diimpikan.
Nak sertai ABDR ? Nak tahu lebih lanjut?
Hubungi saya : UMI KHALSUM BINTI SAAD
016 9800 440
umikhalsum/ Aspirasi Ibu Sihat & Cantik ( fb )

No comments:

Post a Comment

Copyright to UMI KHALSUM
Designed by UMIESUEstudio 2015