Monday, March 20, 2017

SET BERPANTANG SHAKLEE

Assalamualaikum...





Pernah tak alami asal godek aje pak cik google untuk mencari set pantang pasti akan keluar set pantang shaklee, set pantang terbaik, Kenapa set pantang Shaklee,pasti perkataan Shaklee itu sudah tidak asing lagi dikalangan anda terutama sekali ibu-ibu yang mencari supplement untuk kesihatan.

Pengalaman saya sendiri menggunakan Set Berpantang Shaklee amat menakjubkan keberkesanannya. Saya juga alami perasaan seperti ibu-ibu, betul ke produk Shaklee ini berkesan, mampu ke untuk aku membeli produk Shaklee ini sebab dengar buah mulut orang yang Produk Shaklee ini mahal, kan membazir pula beli Produk Shaklee ini. Suara kecil membisik dalam hati.

Tetapi puas godek dan kaji Set Pantang Shaklee ini melalui testimoni yang ada, saya berani untuk mencuba menggunakan Produk Shaklee ini. Sebenarnya semasa hamil lagi saya sudah menggunakan Produk Shaklee ini. Seolah tidak percaya apabila menggunakan Set Hamil saya dapat selesaikan masalah hb, kulit wajah kelihatan sekata dan gebu.

Keyakinan terhadap produk ini semakin menjadi. Tepat 11.7.2o13 saya melahirkan seorang putera sulong dan anak yang ketiga. Alhamdulillah atas kurniaan Allah. Di awal kehamilan lagi saya sudah berniat untuk menyusukan anak ketiga ini sehingga berumur 2 tahun. Hati ibu mana yang tidak sedih kerana anak pertama dan kedua saya tidak mampu untuk menyusu sehingga umur 2 tahun kerana alami kekurangan susu yang amat teruk. Anak yang pertama saya hanya mampu untuk menyusu hingga usia 7 bulan sahaja dan yang paling menyedihkan anak kedua cuma 3 bulan sahaja. Waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu persaan saya. Dan kelahiran ketiga ini saya nekad untuk menyusu sehingga usia 2 tahun.

Mengimbau saat kelahiran anak ketiga cukup menyakitkan. Saya dipaksa melahirkan anak kerana kekurangan air ketuban. Syukur Alhamdulilaah sakit itu memang ada tapi Allah permudahkan segala urusan kelahiran. Sebaik sahaja di masukkan ke wad bersalin, saya terus mengambil Zinc Complex dan Vitamin C  untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin. Secara terperinci saya akan terangkan kelebihan setiap Set Berpantang apada entri yang lain.

12.7.2o13 saya dah boleh keluar dari hospital.Fasa berpantang di rumah sudah bermula. Perkara yang saya paling takuti ketika berpantang ialah SEMBELIT. Pengalaman kena sembelit semasa kelahiran anak yang pertama dan kedua amat menyeksakan dan menangis di buatnya. Sejam duduk dalam tandas gara-gara penangan sembelit semasa pantang. Allah,tak tertanggung rasanya saat itu.Tetapi Alhamdulillah, kelahiran anak ketiga ini masalah sembelit dapat diatasi.

Berpantang kali ini amat lain sekali rasanya. Tak seperti sedang berpantang. Tubuh rasa segar, bertenaga, wajah tidak pucat, sembelit tiada dan yang paling syok susu badan sangat banyak. Hingga saat ini masih terngiang-ngiang di telinga soalan dari jururawat " Mana ibu bayi ini? Saya sedikit kebingunan dengan soalan itu. Tak kan jururawat ini tak nampak saya yang siap berstoking tebal ini ibu kepada bayi comel ini, rungutan dalam hati saya. Akhirnya saya menjawab " Sayalah ibu kepada bayi ini. Jururawat seakan terkejut. Apa rahsia awak ni ye? Saya lihat awak seperi bukan seotang ibu yang sedang berpantang. Sangat bertenaga, segar,muka pon berseri-seri. Hihihi. Senyum kambing saya.

Hari kelima berpantang saya alami bengkak susu hinggakan demam dibuatnya, Buah dada ini keras seakan sebiji batu yang besar. sakit sangat. saya gigihkan diri ini mengepam susu yang terlampau banyak ini di samping untuk kurangkan masalah bengkak susu ini saya makan lecithin Shaklee. Melihat susu yang begitu banyak saya semakin yakin dengan keberkesanan Set Pantang Shaklee ini. Masalah sembelit untuk brpantang kali ketiga ini juga dapat diselesaikan.

Hari ke 30 berpantang saya ke Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan lanjutan ibu dan bayi. Mesin penimbang Klinik ini rosak agaknya. Bebelan hati kecil ini. Seolah tak percaya berat badan saya turun hampir 20 kilo selama 30 hari berpantang. Wowww!! Seakan-akan tak percaya. Penangan yang hebat. Saat itu, saya mula jatuh cinta pada Produk Shaklee ini. Dan bermula saat itu, saya tekad dalam hati untuk kongsi kebaikan Produk Shaklee ini terutama Set Berpantang Shaklee.

Niat saya untuk menyusukan anak sepenuhnya berjaya. Bukan setakat 2 tahun saya berjaya menyususukan anak saya, tetapi sehingga 3 tahun. Itupun susu badan masih lagi banyak. Saya sangat bersyukur kerana berjumpa dan dapat amalkan Produk Shaklee ini sehingga sekarang.

Testimoni Set Berpantang Shaklee






Kepada ibu-ibu yang sedang mencari sebarang supplement untuk kesihatan terutama untuk Kehamilan, kecantikan, berpantang di sarankan untuk mencuba Produk Shaklee ini. Set Berpantang Shaklee ini terbahagi kepada tiga Pakej mengikut bujet Kewangan Anda sekarang. Antaranya Set Kesihatan Dalaman, Set Kesihatan Dalaman Dan Penyusuan dan Set Kesihatan Dalaman, Penyusuan dan Langsing.












CEGAH PENYAKIT dengan mengamalkan GAYA HIDUP SIHAT, PEMAKANAN SEIMBANG DAN AMBIL SUPLEMEN YANG BAIK.



JANGAN AMBIL SEBARANGAN SUPLEMEN YANG BERLAMBAK DI PASARAN!!

Kami sendiri pilih NUTRISI dari suplemen SHAKLEE yang TERBUKTI SELAMAT dan BERKESAN sejak 100 TAHUN lalu.

Suplemen SHAKLEE adalaha MAMPU MILIK, dan ada macam-macam jenis vitamin yang sangat sesuai untuk SEISI KELUARGA, dari kanak-kanak, dewasa lelaki dan wanita dan warga tua.






 Berita Baik Untuk Pelanggan RICH ONE GROUP

Setiap pembelian dengan kami ANDA layak menerima 









Monday, February 23, 2015

PETUA MEMUTIHKAN DAN MELEMBUTKAN KULIT.

Bismillahirrahmanirrahim....



Kulit yang putih, gebu, lembut dan bersih adalah impian setiap insan lebih-lebih lagi golongan wanita. Kulit yang cantik, putih dan gebu menjadi dambaan setiap wanita kerana ianya secara automatik membuatkan seseorang wanita itu tampak berkeyakinan. Tetapi bukan mudah sebenarnya untuk memiliki kulit yang putih gebu ini. Dengan menggunakan jenama yang mahal untuk pembersih muka ianya hanya membantu dari luaran sahaja. Aspek yang perlu dititik beratkan ialah penjagaan dalaman. Antara petua  nenek moyang kita dahulu ialah :
  1. Minum Air Masak
Air masak amat penting dalam kehidupan kita seharian. Oleh sebab itu untuk kelihatan langsing dan cantik amat digalakkan mengamalkan meminum air masak paling kurang 2 liter sehari. Air masak amat penting kerana ianya membantu memastikan sistem dalaman berfungsi dengan baik. Oleh hal yang demikian, badan kita memerlukan air untuk membantu menggantikan sel-sel yang mati terutama sekali kulit kita. Kandungan air yang mencukupi dalam badan kita boleh menyebabkan kulit kita kelihatan cantik.

2. Air Beras
Setiap hari kita pasti memasak dan membasuh beras kan. Apa kata dari membuang sahaja air basuhan beras itu, kita gunakan untuk kecantikan. Air beras ini membantu anda untuk mendapatkan kulit wajah yang lembut dan cerah. Caranya ialah berendam atau membasuh wajah menggunakan air beras dan lakukannya dua kali sehari. Amalkan sentiasa untuk memiliki wajah yang putih dan lembut.

Kini dengan zaman teknologi sekarang dan arus pemodenan, supplement untuk kecantikan semakin terkenal dimata masyarakat. Tidak kira jenama apa, murah atau mahal tetapi mestilah yang dijamin halal, selamat dan bebas bahan kimia semakin menjadi rebutan. Antara supplement yang semakin popular sekarang ialah daripada produk Shaklee. Produk pencerahan dan kelembutan dari Shaklee sangat-sangat membantu untuk anda kelihatan cantik dan menawan dengan kulit yang cerah dan lembut. Antara supplement tersebut ialah

1. Vitamin C

Vitamin C sangat penting dalam proses pembaikan tisu kulit terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut serta membantu menghasilkan kolagen dalam tubuh badan. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, rangka dan tulang rawan. Sebab itulah kalau kulit berkedut, kulit kurang anjal dan kelihatan garis-garis halus  ianya disebabkan kekurangan kolagen dalam badan.  Selain itu, Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang menghalang sel kulit dari cepat rosak dan musnah akibat radikal bebas seperti pencemaran udara, sinar UV dan sebagai agen pencerah dan pelembap kulit. Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit kelihatan lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama terjadinya jeragat.

 2. Energizing Soy Protein

 Sel kulit kita akan mati setiap 21 hari. Sel kulit yang baru akan tumbuh dan menggantikan sel kulit lama yang dah rosak atau mati. Jika sel kulit tak cukup sihat, itulah yang mengakibatkan kulit nampak kusam dan jika tumbuh jerawat, akan meninggalkan parut. Protein yang baik dan mencukupi sangat penting untuk hasilkan sel kulit yang sihat dan ESP mengandungi protein yang diperlukan oleh badan dalam bentuk yang paling mudah dan cepat diserap.

3. Collagen Powder

Collagen Powder diperbuat daripada tujuh bahan utama  yang membantu anda untuk kelihatan cantik dari luar dan dalam. Ianya memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selain daripada itu ianya membantu mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis halus yang kelihatan. Untuk kulit kelihatan remaja sentiasa, Collagen Powder membantu meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan dan bonusnya ianya membantu mencerahkan kulit dan meratakan kulit wajah

Dengan keadaan cuaca yang panas sekarang, amat berbaloi sekiranya anda memiliki supplement untuk menjaga kesihatan kulit anda untuk kelihatan putih, gebu, cantik dan menawan.














HUBUNGI UNTUK KONSULTANSI PERCUMA

Umi Khalsum Binti Saad
016 9800 440
umi khalsum/Aspirasi Ibu Sihat & Cantik ( fb/ fb page)



Sunday, February 22, 2015

TIPS KEMPISKAN PERUT TANPA SENAMAN

Bismillahirrahmanirrahim....


Memiliki perut yang kempis adalah idaman semua. Namun bukan semua sanggup melakukan senaman yang konsisten setiap hari. Bukan itu saja, mengawal pemakanan juga amat berat untuk dilakukan. Kalau begini macamana hendak mendapatkan perut kempis seperti yang diidamkan. Jika anda tergolong dalam golongan ini, jom amalkan tips ini.
  • Makan Perlahan.
Orang tua selalu menegur makan perlahan-lahan, jangan tergopoh gapah.Teguran daripada orang lama ini sangat tepat dan wajar untuk kita ikuti kerana menguyah makanan secara perlahan-lahan adalah amat membantu untuk mengelakkan angin. Secara betulnya kunyah 10 kali sebelum menelan makanan. Ianya juga membantu kita mengelakkan makan berlebihan kerana otak mengambil masa 30 minit untuk menerima isyarat kenyang dari perut.
    • Amalkan Ke Tandas Setiap Hari
    Cuba amalkan ke tandas setiap hari walaupun sekali untuk melabur. Dengan cara ini amat membantu badan membuang segala bahan toksin dari dalam badan dan membantu mengelakkan sembelit yang boleh membuatkan anda dalam keadaan kembong perut.
    • Makan Yogurt
    Yogurt amat baik dalam membantu melawaskan sistem penghadaman anda.. Pribiotik yang terdapat dalamnya membantu menguraikan makanan di dalam perut dan mengurangkan masalah usus yang boleh menghalang anda mendapat perut yang kempis.
    • Minum Air Kosong
    Pastikan anda meminum air kosong sekerap yang mungkin dalam sehari kerana badan anda tidak akan menyimpan air sebagai persediaan untuk masalah dehidrasi. Apabila badan anda cukup hidrasi, berat badan dapat diselaraskan dan anda akan memperolehi kulit yang cantik.
    • Berjalan
    Amalkan berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk meningkatkan kadar metabolisme anda. Disamping itu juga ianya amat membantu dalam membakar kalori anda.
    •  Elak Stress
    Rasa tertekan, stress, tak keruan, berserabut fikiran boleh menyebabkan badan menghasilkan steroid dan hormon yang menjejaskan sistem penghadaman lalu menyebabkan masalah sembelit berlaku.Pengeluaran kortisol juga boleh menyebabkan pengumpulan lemak dibahagian pinggan.
    • Bersabar
    Bukan suatu perkara yang mudah untuk mengempiskan perut atau membuang lelamak yang sudah sebati diperut anda. Jadi banyakkan bersabar dan teruskan usaha dan konsisten .
    • Memakan Supplement
    Terdapat supplement yang bukan sahaja membantu menyihatkan tubuh badan malahan membantu mengempiskan perut anda. 
    • Membantu membersihkan najis yang tersekat.
    • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan terlalu lama dalam tubuh kita.
    • Membantu masalah sembelit.
    • Membantu mengempiskan perut.
    • Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.
     
    • Lecithin bertindak sebagai " pembersih " salur darah, pengambilan makanan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisme lemak didalam tubuh.
    • Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan proses pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
    • Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus.

    Sebenarnya tidak susah pun untuk mendapatkan perut kempis yang diidamkan. Semuanya sudah ada, cuma yang tinggal adalah tindakan dari diri anda sendiri samada mahu lakukan ataupun tidak.




    HUBUNGI PENGEDAR ANDA:

    UMI KHALSUM BINTI SAAD
    016 9800 440
    umikhalsum/ Aspirasi Ibu Sihat & Cantik ( fb/fb page)

    Copyright to UMI KHALSUM
    Designed by UMIESUEstudio 2015