Saturday, February 7, 2015

CARA CANTIKKAN KULIT SECARA SEMULAJADI.

Bismillahirrahmanirrahim....



Hari ini terasa malas betul nak memasak. Mungkin di sebabkan kerja yang bertimbun-timbun dipejabat menyebabkan saya begitu letih. Rasanya hari ini hendak pergi membeli di pasar malam sahaja yang berdekatan dengan rumah. Mujurlah saya dikurniakan seorang suami yang cukup memahami dan seorang yang tidak cerewet dalam bab makan.

Rasa janggallah pulak rasanya disebabkan sudah lama tidak membeli di pasar malam. Biasanya saya menyuruh adik yang membeli, tetapi adik saya tiada dirumah jadi terpaksalah saya pergi membeli sendiri. Ya Allah, ramainya orang, rasa rimas pun ada disebabkan sesak berhimpit-himpit. Dalam keadaan sesak itu, dari kejauhan saya terpandang satu susuk tubuh yang pernah saya kenali dulu. Rasanya seperti hendak menangis pun ada. Mana tidaknya beliau seorang yang saya begitu sanjung suatu ketika dahulu. Beliau banyak mengajar saya erti kehidupan dan ilmu yang dicurahkan kepada saya tak termampu saya hendak membalasnya.

Beliau itu adalah guru saya semasa di sekolah menengah dahulu. Tetapi raut wajahnya telah dimakan dek usia yang semakin meningkat. Telah timbul kedut- kedut di wajahnya. Rasa kasih dan rindu padanya hilang untuk seketika. Sudah lama saya tidak berjumpa dengannya. Hari terakhir saya berjumpa dengannya semasa hari perkahwinan saya lapan tahun yang lepas. Terima kasih Ya Allah disebabkan hadirnya perasaan malas saya hari ini untuk memasak, akhirnya saya diketemukan dengan seorang insan yang amat saya hormati dari dahulu sehingga kini.

Melihatkan pada paras rupanya yang telah dimakan dek usia, saya jadi terfikir betulkah ayat yang digunakan kini " umur sekadar angka". Tetapi ada juga yang sudah mencecah usia warga emas tetapi tetap kelihatan masih muda. Jika difikirkan secara logiknya betul juga. Adakah ini trend zaman globalisasi yang mementingkan kecantikan dan kesihatan tanpa mengira usia. Ada juga dari golongan wanita ataupun lelaki, walaupun sudah berusia tetapi masih kelihatan segak, cantik dan bergaya. Pada era moden ini, supplement sudah sebati dalam diri golongan ini. Jika tidak dimakan supplement dalam sehari mungkin akan terasa tidak lengkap hidupnya pada hari tersebut.

KENAPA SUPPLEMENT PERLU DIAMBIL SETIAP HARI?
  • Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar.
  • Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas akibat pencemaran.
  • Kehilangan nutrien dalam makanan.
  • Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
  • Hidup dalam keadaan stress yang mana boleh menyebabkan wajah kulit yang kelihatan kusam.
KATEGORI KULIT MENGIKUT USIA.
  • Umur 20an: keadaan kulit berada pada tahap paling sihat.
  • Umur 30an : garis halus mula kelihatan di bahagian tepi mata dan dan tepi mulut. Tona kulit tidak sekata. Berlaku pigmentasi kerana kerap terdedah kepada cahaya matahari. Kulit semakin menipis, kolagen dan elastin berkurangan.
  • Umur 40an : kulit kemerah-merahan, kedutan semakin ketara, kulit kurang berseri dan kurang lembap.
 PUNCA PENUAAN PRA MATANG
  • Penuaan pra-matang adalah proses penuaan yang lebih cepat. Mereka kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. 
  • pembaharuan sel semakin perlahan
  • kekurangan kolagen dan elastin
  • tidak cukup tidur
  • pemakanan tidak sihat
  • tekanan / stress
  • cara hidup yang tidak aktif
  • pendedahan kepada matahari
  • merokok, minum alkohol
  • pencemaran persekitaran
CARA MEMPERLAHANKAN PENUAAN KULIT.
  • Alat solek. Kesan sementara.
  • Pembedahan plastik contohnya: botox. Banyak kesan sampingan, mahal dan kesan sementara.
  • Mengambil suplemen yang sesuai
APA YANG TERJADI KEPADA SEL SEMASA PROSES PENUAAN?

  • Kerosakan DNA: boleh mengundang kanser, penyakit jantung dan mempercepatkan proses penuaan.
  • Aktiviti pengawalan genetik merosot: pengawalan genetik menentukan samada sesuatu sel itu hidup atau mati. Jika aktiviti ini berkurang, proses penuaan semakin cepat.
  • Mitokondria (tenaga) pada sel menurun: boleh menyebabkan jangka hayat sel semakin pendek.
  • Pertambahan AGE Protein secara perlahan: AGE Protein yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan diabetis, dementia dan arthritis.
 TIPS ELAK PENUAAN
  • Mengelakkan stress
  •  Bersenam setiap hari dan tidur enam hingga lapan jam sehari. 
  • Mengurangkan pengambilan makanan berlemak dapat mengurangkan masalah sakit jantung.
  • Mengamalkan memakai losyen pelembap antioksidan yang diperkaya dengan vitamin pada waktu malam ketika hendak tidur. Tidur malam ialah waktu terbaik untuk menyerap kandungan aktif pada produk penjagaan kulit.
  • Bersenam setiap hari biarpun cuma untuk waktu singkat.  Senaman secara rutin membolehkan peredaran darah menjadi lebih lancar dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda.
  • Elakkan dari mengambil  minuman beralkohol dan merokok  kerana tidak baik untuk kulit, mulut dan gigi. Merokok membuatkan seseorang nampak lebih tua daripada usia sebenar.
  • Bagi yang tidak merokok (perokok pasif), elakkan pendedahan pada asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi mempunyai risiko dua kali ganda untuk mendapat penyakit berbanding mereka yang merokok.
  • Untuk memiliki kulit cantik, amalkan makan buah- buahan. 
SUPPLEMENT BANTU AWET MUDA.

COLLAGEN POWDER
  • Anti penuaan - Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.
  • Melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan mengelupas pada wajah.
  • Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang lebat dan bersinar.
  • Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.
  • Mengembalikan keanjalan kulit, meningkatkan ketegangan kulit
 VIVIX
  • Satu-satunya supplement yang mampu menembusi DNA manusia.
  • Membantu memberi perlindungan antioksida pada tubuh.
  • Membantu mengawal genetik dan melambatkan penuaan.
  • Melambatkan AGE ( Advance Glycation End Production ).
  • Membantu memelihara kesihatan jantung dan otak.
  • Membantu memelihara kesihatan sendi.
VITAMIN C
  • Merangsang pembentukan collagen.
  • Menghalang otot menjadi lembik.
  • Meningkatkan sistem imun.
  • Melambatkan penuaan.
  • Menyekat pembentukan pigmen.
  • Menghalang terjadinya jeragat.
  • Mencantikkan kulit. 
VITAMIN E
  • Melambatkan penuaan.
  • Mengurangkan kedut.
  • Mengurangkan garis halus.
  • Mengurangkan parut dan bintik penuaan.
  • Memulihkan tekstur kulit.
Oleh hal yang demikian, penjagaan kulit wajah dan tubuh amat penting tanpa mengira umur samada tua atau muda malahan tanpa mengira jantina lelaki atau wanita. Elakkan dari menjadi tua sebelum usia.

    UNTUK INFO DAN ORDER :
    UMI KHALSUM BINTI SAAD
    016 9800 440
    umikhalsum/ Aspirasi Ibu Sihat & Cantik ( fb )


No comments:

Post a Comment

Copyright to UMI KHALSUM
Designed by UMIESUEstudio 2015