SIAPA SAYA



Salam perkenalan untuk anda semua. Nama saya diberi oleh ayah saya sendiri iaitu Umi Khalsum Binti Saad, dengar klasik atau legend je kan nama saya ni,hihihi. Tapi saya suka nama ini,sebab bersamaan dengan nama anak nabi. Saya adalah seorang isteri kepada Rizuwan Bin Mamat, ibu kepada tiga orang cahaya mata iaitu Nur Hanani Amanina, Nur Hafeeza Adriana dan Haziq Al Hadi dan wanita bekerja. Saya berasal dari Terengganu dan saya sememangnya anak jati Terengganu. Saya bekerja di sektor awam, tetapi dalam masa yang sama saya adalah seorang peniaga online yang memasang impian untuk menjadi WAHM..In Sha Allah.

Untuk mencapai impian saya menjadi WAHM itu, saya mula meneroka alam maya berkenaan apa itu WAHM? Sehinggalah Allah permudahkan urusan saya berjumpa dengan ABDR ini. Melalui akademi ini saya mengenali blog.Saya sebenarnya memang tak tahu langsung berkenaan blog dan tak pernah bermimpi pun untuk mempunyai blog sendiri. Alhamdulillah, Allah dah aturkan yang terbaik untuk saya. Saya mula mempunyai blog dan pandai membuat blog sendiri sejak menjadi ahli Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR).

Banyak perkara yang saya pelajari dari Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR), antaranya saya di ajar tentang cara yang betul tentang penulisan di blog, cara jana pendapatan di rumah melalui online, cara atau persiapan awal untuk mencapai WAHM,cara untuk membuat ebook, belajar menjual secara dropship dan lain-lain lagi. Tak terhitung rasanya ilmu yang saya perolehi melalui akademi ini. Saya rasakan bayaran untuk menjadi ahli yang saya bayar itu tak setanding dengan ilmu yang saya perolehi melalui akademi ini.

Bagi anda yang bercita-cita untuk meletakkan jawatan dan menjadi Work At Home Mum(WAHM), ini adalah satu medium yang terbaik untuk anda dalam merealisasikan impian itu, disamping anda akan diajar untuk mencapai pendapatan dari rumah.



No comments:

Post a Comment

Copyright to UMI KHALSUM
Designed by UMIESUEstudio 2015