Pada entri kali ini, saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya sendiri. Saya seorang ibu yang berkerjaya tetapi dalam masa yang sama juga saya adalah seorang pelajar dan juga pengedar kepada Produk Shaklee. Dengan tugasan dan tanggungjawab yang saya pikul itu menyebabkan saya terpaksa tidur lewat malam atau pun bangun seawal pagi. kebiasaannya saya hanya akan tidur selama empat jam sahaja dalam sehari. Di waktu siang hari pula saya tidak berpeluang untuk tidur keran saya bekerja. Ini menyebabkan saya menjadi keletihan, stress, tak cukup tidur dan dalam masa yang sama saya mengalami pening kepala dan tak boleh berdiri lama. Jika saya berdiri lama, saya merasa dunia ini berpusing dan penglihatan saya jadi kabur dan juga seluruh tubuh badan saya menjadi sejuk panas. Dalam masa yang sama juga saya masih lagi menyusu badan buat anak saya Haziq Al Hadi yang kini berusia 1 tahun 6 bulan. Penat memang tak boleh disangkal lagi.
Pada minggu lepas saya pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan doktor, bimbang juga kalau ada penyakit lain, nauzubillah minta di jauhkan. Selepas pemeriksaan dijalankan doktor menyatakan saya mengalami tekanan darah rendah, patutlah kepala asyik pening aje. Doktor mengesyorkan saya mendapatkan rehat yang secukupnya. Dalam masa yang sama doktor mengesyorkan saya mengambil suplemen untuk tambah tenaga terutama sekali B-Compleks. Aik, tengok betapa pentingnya B-compleks dalam kehidupan harian kita.
APA ITU TEKANAN DARAH RENDAH?
Perunding Kardiologi, Hospital KPJ Ampang Puteri, Datuk Dr. Ismail
Yaakob, penyakit tekanan darah rendah atau hipotensi merupakan satu
keadaan yang jarang berlaku dalam kalangan masyarakat jika hendak
dibandingkan dengan tekanan darah tinggi.
Tambah beliau, pesakit akan mengalami tekanan darah rendah di mana bermaksud sama ada salahsatu bacaan bahagian atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan
bawah (diastolic) kurang daripada 60 mmhg atau kedua-duanya kurang
daripada angka tersebut.
Dr. Ismail mengingatkan bahawa tekanan darah sebenarnya dipengaruhi oleh
banyak faktor seperti emosi, tahap tekanan, aktiviti fizikal, keadaan
semasa (demam atau tidak), saiz tubuh badan, posisi badan, makanan yang
diambil serta suhu persekitaran.
SET TEKANAN DARAH RENDAH?
KELEBIHAN B-COMPLEKS
No comments:
Post a Comment