Setiap wanita yang bekerjaya pastinya mempunyai impian untuk bersara awal. Impian untuk mencapai gelaran " Work At Home Mum " ( WAHM ) pastinya sudah disemat dihati awal-awal lagi. Begitu juga dengan saya. Semakin hari semakin membara di jiwa saya ini untuk berhenti kerja dan fokus pada anak-anak yang semakin membesar. Waktu anak-anak sedang membesar ini hanya datang sekali dalam seumur hidup.
Saya ini boleh dikategorikan seorang yang bertuah kerana anak-anak saya dijaga oleh ibu saya sendiri. Tetapi perasaan sedih dan hiba itu tetap ada setiap kali menghantar anak-anak kerumahnya. Sayunya hati setiap kali memandang wajah anak-anak. Kadang-kadang saya terfikir, adakah saya ini sudah menjadi seorang ibu yang terbaik untuk mereka. Alangkah indahnya andai saya mampu bekerja dari rumah.
Ditambah pula dengan bebanan tugas dan stress yang melampau dengan tugasan kerja membuatkan saya mencari dari mana saya harus bermula untuk mencapai gelaran " Work At Home Mum " ini. Bukan satu perkara yang mudah bagi ibu yang bekerja untuk mengambil keputusan berhenti kerja dan menjana pendapatan dari rumah. Banyak faktor dan perkara yang perlu difikirkan sebelum membuat sesuatu keputusan itu.
Disebabkan keazaman yang kuat untuk menjadi WAHM, saya selalu mencari menjelajah di internet tentang bekerja dari rumah.
Alhamdulillah, akhirnya saya berjumpa dengan blog kak Zefa Nur Asmara, dari gaya penulisan dan ceritanya berkenaan jana pendapatan dari rumah dan berkenaan WAHM membuatkan hati saya tertarik. Tapi satu perkara yang menarik hati saya iaitu berkenaan Akademi Bekerja Dari Rumah yang kak Zefa sertai.
Setiap perkara yang kita laburkan pasti akan ada pulangannya. Akhirnya saya membuat pendaftaran sebanyak Rm 300 dan saya diperkenalkan dengan guru online saya Puan Normi. Bermula dari saat itulah saya diajar tentang cara membuat blog, gaya penulisan dan yang bonusnya saya diajar cara untuk mempromosi barangan Shaklee. Untuk anda yang tidak mempunyai produk usah risau, kerana di ABDR anda akan mampu untuk mempunyai produk anda sendiri. Dan yang paling saya suka ialah saya tidak terikat dengan waktu. Bila-bila masa sahaja saya boleh belajar membuat blog. Pada waktu malam, pada hujung minggu tanpa saya perlu meninggalkan keluarga untuk saya menuntut ilmu ini.
Ini ialah keistimewaan apabila berada di bawah Akademi Bekerja Dari Rumah ( ABDR) . Saya diajar cara-cara membuat blog dari saya tak tahu langsung tentang blog sehinggalah saya mampu membuatnya. Mungkin anda semua tertanya-tanya apakah ABDR ini. ABDR
ini ialah akademi dalam talian (online) fungsinya melatih kaum wanita yang
sedang bekerja mahupun surirumahtangga mencari peluang bekerja di rumah. Akademi ini bukan sahaja dibuka untuk kaum wanita sahaja, malahan kaum lelaki juga boleh menyertainya. Di ABDR anda akan diajar cara-cara membuat blog, kelas penulisan dan anda berpeluang untuk menjana pendapatan melalui ABDR ini.
Setelah beberapa bulan saya berada di ABDR, terlalu banyak ilmu yang saya dapat. Saya merasakan pelaburan yang saya buat itu amat-amat berbaloi dengan ilmu yang saya perolehi. Satu lagi keistimewaan yang saya dapat dengan menyertai ABDR ini ialah dapat berkongsi produk di blog
ini dengan lebih 1000 blogger yang mana merupakan protege ABDR. Inilah
keistimewaan ABDR, secara tidak langsung dapat membantu aliran trafik ke
blog kita.
Saya merasakan peluang untuk saya mencapai impian menjadi seorang WAHM semakin cerah. Hanya tinggal tindakan yang saya perlu buat. Saya wajib berusaha dengan gigih dan rajin untuk mencapai semua ini. Setiap perkara tidak akan datang dengan bergolek. Ianya perlu disertai dengan usaha dan keyakinan diri yang tinggi.
Terima kasih kepada Kak Zefa dan Puan Normi atas ilmu yang kalian kongsi. Dan tidak lupa juga kepada pengasas Puan Masayu dan rakan protege yang lain yang banyak memberi bimbingan dan idea kepada saya. Dan di ABDR inilah tempat untuk mana-mana sura atau suri rumah untuk belajar cara menjana pendapatan dari rumah dan secara tak langsung dapat keluar dari zon makan gaji kepada bekerja dari rumah.
Sekian, Terima Kasih.
cam best je akademi ni.tp yuran cm xmampu je.just my 2 scent..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete