Wednesday, January 28, 2015

MEROYAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Menyambut kehadiran cahaya mata dalam keluarga amat ditunggu-tunggu oleh seluruh ahli keluarga. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menunggu begitu lama dengan kehadiran penyeri hidup ini. Tetapi proses berpantang amat-amat membosankan kerana setiap perkara perlu di kawal dari segi pemakanan, kesihatan, cara berjalan,cara duduk dan boleh dikatakan dari segenap perkara perlu berpantang.

Ianya bukan satu perkara yang mudah. Bagi mereka yang berpegang teguh pada adat melayu tradisi proses berpantang adalah proses menyeluruh dari segala aspek. Malahan ada juga ibu bapa yang tidak membenarkan suami menghampiri isteri selama 44 hari. Kesemua ini adalah dilihat sebagai salah satu cara pencegahan untuk elak dari meroyan.

Dari sudut sains, gila meroyan adalah salah satu bentuk tekanan perasaan yang berpunca daripada keletihan dan gangguan emosi. Perkara ini terjadi apabila tiada kerjasama antara suami dan ahli keluarga kepada isteri yang sedang dalam proses berpantang. Sebagai contoh, ibu- ibu yang dalam pantang ini bukan sahaja perlu menjaga bayi yang baru dilahirkannya malahan terpaksa menjaga anak-anak yang lain dan juga terpaksa menguruskan rumahtangganya. Hal ini boleh menyebabkan terjadinya tekanan perasaan.

Penyakit meroyan ini boleh terjadi kepada mana-mana wanita tanpa mengira bangsa dan dari mana mereka berasal. Gila meroyan ini dikenali sebagai " Postpartum psychosis ".
Mengikut kajian, penyakit ini terjadi satu dalam 1,000 kes wanita yang melahirkan anak. Penyakit ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu :  

Postpartum Blues
  •  Perubahan mood antara gembira dan letih.
  • Mudah sedih dan sensitif.
  • Berakhir dengan sendirinya dalam tempoh tujuh hari.
 Pospartum Depression
  • Sedih berpanjangan.
  • Rendah diri dan berasa dia bukan ibu yang terbaik bagi anak yang baru dilahirkannya.
  • Tidak boleh menumpukan perhatian.
  • Letih dan tertekan.
  • Kurang selera makan.
  • Sukar tidur malam. 
 Postpartum Psychosis.
  •  Sukar tidur malam.
  • Resah berpanjangan.
  • Keletihan.
  • Berhalusinasi.
  • Mencederakan bayi atau diri sendiri.
  • Fikiran bercelaru.
  • Kemurungan.


BILA GILA MEROYAN TERJADI?

 Penyakit gila meroyan ini terjadi seawal dua minggu selepas bersalin. Penyakit ini menyebabkan ibu itu berhalusinasi. Satu perkara yang paling ketara dapat dilihat ialah ibu tersebut kerap menangis, berasa keseorangan dan malu dengan keadaan yang dihidapinya saat itu.Wanita yang terkena penyakit ini, sangat bahaya andai dibiarkan keseorangan. Ini adalah kerana ianya berpotensi untuk mencederakan bayi atau membunuh bayinya sendiri kerana merasakan bayi itu bukan anaknya. Selain itu juga, ianya berupaya untuk mencederakan dirinya dan membunuh dirinya.

Terdapat sesetengah kes itu, terjadinya gila meroyan ini selepas habis berpantang. Kes begini kebiasaanya melibatkan ibu-ibu yang bekerjaya. Manakan tidak balik kepejabat kerja bertimbun-timbun, tidak dicampur lagi dimarahi oleh bos. Apabila pulang kerumah, terus masuk ke dapur memasak, tak sempat untuk berehat, di campur lagi dengan anak-anak yang menangis, suami pula langsung tidak membantu isteri. Hal inilah yang menyebabkan terjadinya tekanan perasaan.

CARA RAWATAN.

  1. PSIKOTERAPI
 Kaunseling  dan nasihat bukan sahaja kepada wanita terbabit malahan kepada suami dan juga ahli keluarga.

2.  UBATAN ANTI KEMURUNGAN

Mengembalikan kecergasan dan keyakinannya semula. Wanita yang menerima rawatan memiliki peluang untuk pulih 100%, tetapi perlu pengesanan awal.

3. SUPPLEMENT
B Complex
  • Mencegah stress 
  •  Membantu menguatkan antibodi
  • Mencegah anemia
  • Melawan tekanan perasaan.
  • Meredakan sakit kepala, kemurungan.
  • Memastikan kesihatan fungsi saraf.
  • Memabntu mengurangkan keletihan atau kelesuan.
  • Menukar makanan kepada tenaga.
OSTEMATRIX  
  • Mengimbangi tekanan darah rendah.
  • Menggalakkan tidur yang selesa.
  • Memperbaiki jantung yang berdebar.
  • Membantu meredakan sakit kepala.
  • Menguatkan tulang
  • Sebagai penenang saraf.  
OMEGA GUARD
Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan,insomnia dan lain2.

Jangan di pandang ringan tentang penyakit gila meroyan ini. Suami dan ahli keluarga haruslah sama-sama berganding bahu dalam membantu ibu berpantang ini menguruskan segala hal. Sememangnya amalan berpantang ini nampak leceh tetapi ianya untuk kesan jangka panjang.

Hubungi : UMI KHALSUM BINTI SAAD
016 9800 440
umikhalsum / Aspirasi Ibu Sihat & Cantik ( fb)
COD untuk kawasan MARANG, HULU TERENGGANU DAN KUALA TERENGGANU serta penghantaran ke Negeri Terengganu serta Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Copyright to UMI KHALSUM
Designed by UMIESUEstudio 2015