Bismillahirahmanirrahim..
Kepentingan susu ibu kepada bayi tidak perlu disangkal lagi. Umum sudah mengetahui akan kepentingan dan kebaikan susu ibu kepada bayi berbanding dengan pemberian susu formula. Tetapi kebiasaan kita dengar perkataan " saya tidak ada susu ", semua itu adalah karut belaka. Setiap ibu mempunyai potensi untuk menghasilkan susu yang secukupnya.Sebenarnya, semakin anda kerap menyusu bayi anada, semakin banyaklah penghasilan susu itu.
Pada hari pertama bayi anda di lahirkan, ibu akan menghasilkan susu yang berwarna kekuningan yang dipanggil " colostrum ". Ianya amat kaya dengan antibodi, vitamin, mineral dan juga protein. Ini menjadikannya amat sesuai untuk bayi yang baru dilahirkan.
Kemudian susu ibu akan berwarna putih dan cair yang dikenali dengan " Transitional" yang bersamaan dengan susu matang. Lama kelamaan, ibu akan menghasilkan susu matang, dimana susu tersebut lebih cair dan hampir kepada kebiruan pada awal penyusuan tetapi akan bertukar berwarna putih apabila kandungan lemaknya bertambah. Kesemua perubahan susu ini terhasil bagi memenuhi keperluan tumbesaran bayi.
Pemberian susu ibu bukan sahaja untuk daya ketahanan tubuh yang kuat, malah untuk memberi perlindungan kepada bayi anda dari pelbagai penyakit.Bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif kebiasaannya jarang diserang penyakit berbanding bayi yang diberi susu formula .
Menyusukan bayi sehingga berumur dua tahun adalah amat sukar kepada ibu yang bekerjaya. Oleh sebab itu, ibu yang bekerjaya lebih gemar memberi susu formula berbanding susu ibu. Mereka kebiasaannya memilih untuk menyusu bayi sehingga bayi berusia enam bulan sahaja.
Jika difikirkan secara rasionalnya, cukupkah pemberian susu ibu kepada bayi anda?
Panduan Peningkatan Berat Bayi
- 0 - 4 bulan : 170 gram seminggu.
- 4- 6 bulan : 113 - 142 gram seminggu.
- 6 - 12 bulan : 57 - 113 gram seminggu.
Bagi bayi yang menyusui susu badan, berat badannya akan bertambah dua kali ganda daripada berat ketika dilahirkan menjelang usia lima ke enam bulan. Ketika berusia setahun, bayi menyusu badan akan memiliki berat dua setengah kali ganda daripada ketika lahir. Tetapi apabila bayi menjangkau usia dua tahun, berat bayi yang menyusu badan dengan bayi yang menyusu susu formula sudah tidak ada beza lagi.
KELEBIHAN SUSU IBU KEPADA BAYI
- Pergerakan dan persekitaran ibu hamil akan mendedahkan ibu dengan pelbagai kuman yang boleh memberi pelbagai kesan kepada bayi anda sebelum dilahirkan. Oleh sebab itu, rahim bertindak melindungi bayi daripada kuman. Selepas bayi dilahirkan, susu ibu pula akan memberi perlindungan daripada bakteria dan parasit kepada bayi.
- Zat yang terdapat dalam susu ibu bukan sahaja berupaya menentang penyakit, malahan membantu menguatkan lagi pembentukan sistem imun bayi. Sebagai bonusnya, ianya memberi kesihatan yang baik kepada bayi walaupun bayi sudah tidak menyusu lagi.
- Susu ibu memiliki ramuan yang terbaik untuk pertumbuhan bayi daripada jumlah asid lemak, laktosa, air, pertumbuhan minda bayi dan mengandungi antibodi.
- Membantu perkembangan retina dan memberi perlindungan pada sistem saraf tengah bayi dan juga membawa enzim pencernaan yang membantu bayi mencerna nutrisi dalam susu ibu.
- Ia membantu memberi imuniti terhadap jangkitan dan penyakit seperti pneumonia, mengurangkan masalah jangkitan darah dan radang otak. Sebagai bonusnya, susu ibu memberi kesan pada pembentukan minda dan IQ pada anak.
Oleh sebab itu, para ibu harus menitik beratkan pemberian susu badan pada bayi anda. Memang sukar bagi ibu yang bekerjaya untuk memberi susu badan secara eksklusif selama dua tahun. Tetapi ianya tidak sukar jika kita telah niatkan dihati untuk memberi yang terbaik untuk anak kita.
HUBUNGI : UMI KHALSUM BT SAAD
016 9800 440
FB: umi khalsum/ Aspirasi Ibu Sihat & Cantik
Pengedar Shaklee Kawasan Marang, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment