Sunday, February 22, 2015

CARA MENCEGAH STROKE ATAU ANGIN AHMAR




Bismillahirrahmanirrahim,,,

Assalamualaikum kepada semua pembaca..



Pernah dengar tak apa itu stroke? atau angin ahmar? Saya mempunyai seorang pelanggan yang mempunyai penyakit stroke ini. Katanya penyakit ini sudah lama beliau hidapi. Dari percakapan beliau kadang-kadang saya tidak berapa faham apa yang beliau cakapkan itu. Rasa kasihan pun ada melihat akan pelanggan saya ini. Ialah umurnya lebih kurang sebaya bapa saya. Menurut pakcik ini, duit boleh dicari, tetapi kesihatan yang unggul sukar untuk dicari.

APA ITU STROKE?

Stroke adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh mengawal setiap perkara yang kita lakukan, disamping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan. Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang penting.Apabila saluran darah di dalam otak tersumbat ataupun pecah, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien. Bahagian otak itu mulai mati dan akan mengalami stroke dengan pantas dan dalam keadaan senyap. Kerosakkan otak menjejaskan deria-deria pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin akan lumpuh, manakala sikap, corak pemikiran dan ingatan akan berubah.



APA YANG MENYEBABKAN STROKE ?


  • Punca yang sering berlaku kepada pesakit Stroke adalah disebabkan saluran arteri yang semakin sempit dan keras. Plak yang dihasilkan oleh lemak, kolestrol, kalisium dan bahan-bahan yang lain berkumpul di dalam arteri menyebabkan saluran darah semakin lama menjadi semakin sempit dan menghalang untuk darah mengalir ke otak. Sekiranya berlakunya sumbatan di saluran yang sempit  "Ischaemic Stroke". Stroke berdarah pula berlaku disebabkan tekanan darah yang tidak dikawal yang mengakibatkan dinding atreri tidak mampu untuk menampung tekanan tersebut dan menyebabkan kebocoran salur darah.
  • Merokok.
  • Kurang bersenam.
  • Minuman beralkohol.

PENYAKIT YANG MENYUMBANG KEPADA STROKE ?
  • Tekanan darah tinggi.
  • Kolestrol Tinggi.
  • Kencing Manis.
  • Kegemukan.
Pemakanan yang tidak sihat adalah salah satu penyumbang terbesar penyakit stroke ini. Perlu diingatkan bahawa pemakanan sangat penting dalam menjamin kesihatan. Dalam pemakanan harian kita, mestilah mengurangkan kandungan garam, makanan yang berminyak dan berlemak. Eloklah jika kita mengamalkan dengan memakan buahan, sayuran atau makanan yang kaya dengan bijirin. Dan yang paling penting sekali berhenti terus dari merokok.

CARA MENCEGAH STROKE.


Tahukah anda bahawa Vivix adalah salah satu tonik ajaib yang berada dalam Produk Shaklee. Kenapa ianya di panggil " Tonik Ajaib" ? Pihak Shaklee telah memperkenalkan Vivix, produk supplement revolusionari anti penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap sellular. Yang paling mengujakan Vivix telah berjaya dijual melebihi 1 juta botol. Vivix mengandungi pelbagai campuran bahan semulajadi yang membantu merawat pelbagai jenis penyakit. Antara kandungan Vivix ialah " Muscadine Grape", "Purple Carrot", "Elderberry" dan " Polygonum Cuspidatum .

  • Ramuan yang terdapat dalam Muscadine Grape ini membantu menghentikan kimia yang menyebabkan penyakit kanser, anti virus dan anti bakteria.

  • Purple Carrot mengandungi sumber terbaik Vitamin A yang mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Kesemua bahan ini amat membantu dalam  mengurangkan diabetes, mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

  • Elderberry adalah sangat kaya dengan sebatian yang dikenali sebagai anthocyanin, yang memberi kesan anti radang. Ianya juga membantu mengurangkan simptom seperti sakit otot, demam, selsema.

  • Disamping itu Eldeberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok dan serangan jantung disamping membantu mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.

  • Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan  kerana ianya mengandungi resvetarol yang membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah, mengurangkan berat badan dan meninggikan pestasi para atlet.
Sekiranya anda mengambil langkah selamat untuk mengawal keadaan diatas, ianya membantu anda mengurangkan risiko terkena Stroke. Cegah sebelum terkena.
Pengedar Shaklee 
UMI KHALSUM BINTI SAAD
016 9800 440
umikhalsum/Aspirasi Ibu Sihat & Cantik
 

Saturday, February 7, 2015

CARA CANTIKKAN KULIT SECARA SEMULAJADI.

Bismillahirrahmanirrahim....



Hari ini terasa malas betul nak memasak. Mungkin di sebabkan kerja yang bertimbun-timbun dipejabat menyebabkan saya begitu letih. Rasanya hari ini hendak pergi membeli di pasar malam sahaja yang berdekatan dengan rumah. Mujurlah saya dikurniakan seorang suami yang cukup memahami dan seorang yang tidak cerewet dalam bab makan.

Rasa janggallah pulak rasanya disebabkan sudah lama tidak membeli di pasar malam. Biasanya saya menyuruh adik yang membeli, tetapi adik saya tiada dirumah jadi terpaksalah saya pergi membeli sendiri. Ya Allah, ramainya orang, rasa rimas pun ada disebabkan sesak berhimpit-himpit. Dalam keadaan sesak itu, dari kejauhan saya terpandang satu susuk tubuh yang pernah saya kenali dulu. Rasanya seperti hendak menangis pun ada. Mana tidaknya beliau seorang yang saya begitu sanjung suatu ketika dahulu. Beliau banyak mengajar saya erti kehidupan dan ilmu yang dicurahkan kepada saya tak termampu saya hendak membalasnya.

Beliau itu adalah guru saya semasa di sekolah menengah dahulu. Tetapi raut wajahnya telah dimakan dek usia yang semakin meningkat. Telah timbul kedut- kedut di wajahnya. Rasa kasih dan rindu padanya hilang untuk seketika. Sudah lama saya tidak berjumpa dengannya. Hari terakhir saya berjumpa dengannya semasa hari perkahwinan saya lapan tahun yang lepas. Terima kasih Ya Allah disebabkan hadirnya perasaan malas saya hari ini untuk memasak, akhirnya saya diketemukan dengan seorang insan yang amat saya hormati dari dahulu sehingga kini.

Melihatkan pada paras rupanya yang telah dimakan dek usia, saya jadi terfikir betulkah ayat yang digunakan kini " umur sekadar angka". Tetapi ada juga yang sudah mencecah usia warga emas tetapi tetap kelihatan masih muda. Jika difikirkan secara logiknya betul juga. Adakah ini trend zaman globalisasi yang mementingkan kecantikan dan kesihatan tanpa mengira usia. Ada juga dari golongan wanita ataupun lelaki, walaupun sudah berusia tetapi masih kelihatan segak, cantik dan bergaya. Pada era moden ini, supplement sudah sebati dalam diri golongan ini. Jika tidak dimakan supplement dalam sehari mungkin akan terasa tidak lengkap hidupnya pada hari tersebut.

KENAPA SUPPLEMENT PERLU DIAMBIL SETIAP HARI?
  • Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar.
  • Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas akibat pencemaran.
  • Kehilangan nutrien dalam makanan.
  • Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
  • Hidup dalam keadaan stress yang mana boleh menyebabkan wajah kulit yang kelihatan kusam.
KATEGORI KULIT MENGIKUT USIA.
  • Umur 20an: keadaan kulit berada pada tahap paling sihat.
  • Umur 30an : garis halus mula kelihatan di bahagian tepi mata dan dan tepi mulut. Tona kulit tidak sekata. Berlaku pigmentasi kerana kerap terdedah kepada cahaya matahari. Kulit semakin menipis, kolagen dan elastin berkurangan.
  • Umur 40an : kulit kemerah-merahan, kedutan semakin ketara, kulit kurang berseri dan kurang lembap.
 PUNCA PENUAAN PRA MATANG
  • Penuaan pra-matang adalah proses penuaan yang lebih cepat. Mereka kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. 
  • pembaharuan sel semakin perlahan
  • kekurangan kolagen dan elastin
  • tidak cukup tidur
  • pemakanan tidak sihat
  • tekanan / stress
  • cara hidup yang tidak aktif
  • pendedahan kepada matahari
  • merokok, minum alkohol
  • pencemaran persekitaran
CARA MEMPERLAHANKAN PENUAAN KULIT.
  • Alat solek. Kesan sementara.
  • Pembedahan plastik contohnya: botox. Banyak kesan sampingan, mahal dan kesan sementara.
  • Mengambil suplemen yang sesuai
APA YANG TERJADI KEPADA SEL SEMASA PROSES PENUAAN?

  • Kerosakan DNA: boleh mengundang kanser, penyakit jantung dan mempercepatkan proses penuaan.
  • Aktiviti pengawalan genetik merosot: pengawalan genetik menentukan samada sesuatu sel itu hidup atau mati. Jika aktiviti ini berkurang, proses penuaan semakin cepat.
  • Mitokondria (tenaga) pada sel menurun: boleh menyebabkan jangka hayat sel semakin pendek.
  • Pertambahan AGE Protein secara perlahan: AGE Protein yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan diabetis, dementia dan arthritis.
 TIPS ELAK PENUAAN
  • Mengelakkan stress
  •  Bersenam setiap hari dan tidur enam hingga lapan jam sehari. 
  • Mengurangkan pengambilan makanan berlemak dapat mengurangkan masalah sakit jantung.
  • Mengamalkan memakai losyen pelembap antioksidan yang diperkaya dengan vitamin pada waktu malam ketika hendak tidur. Tidur malam ialah waktu terbaik untuk menyerap kandungan aktif pada produk penjagaan kulit.
  • Bersenam setiap hari biarpun cuma untuk waktu singkat.  Senaman secara rutin membolehkan peredaran darah menjadi lebih lancar dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda.
  • Elakkan dari mengambil  minuman beralkohol dan merokok  kerana tidak baik untuk kulit, mulut dan gigi. Merokok membuatkan seseorang nampak lebih tua daripada usia sebenar.
  • Bagi yang tidak merokok (perokok pasif), elakkan pendedahan pada asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi mempunyai risiko dua kali ganda untuk mendapat penyakit berbanding mereka yang merokok.
  • Untuk memiliki kulit cantik, amalkan makan buah- buahan. 
SUPPLEMENT BANTU AWET MUDA.

COLLAGEN POWDER
  • Anti penuaan - Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.
  • Melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan mengelupas pada wajah.
  • Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang lebat dan bersinar.
  • Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.
  • Mengembalikan keanjalan kulit, meningkatkan ketegangan kulit
 VIVIX
  • Satu-satunya supplement yang mampu menembusi DNA manusia.
  • Membantu memberi perlindungan antioksida pada tubuh.
  • Membantu mengawal genetik dan melambatkan penuaan.
  • Melambatkan AGE ( Advance Glycation End Production ).
  • Membantu memelihara kesihatan jantung dan otak.
  • Membantu memelihara kesihatan sendi.
VITAMIN C
  • Merangsang pembentukan collagen.
  • Menghalang otot menjadi lembik.
  • Meningkatkan sistem imun.
  • Melambatkan penuaan.
  • Menyekat pembentukan pigmen.
  • Menghalang terjadinya jeragat.
  • Mencantikkan kulit. 
VITAMIN E
  • Melambatkan penuaan.
  • Mengurangkan kedut.
  • Mengurangkan garis halus.
  • Mengurangkan parut dan bintik penuaan.
  • Memulihkan tekstur kulit.
Oleh hal yang demikian, penjagaan kulit wajah dan tubuh amat penting tanpa mengira umur samada tua atau muda malahan tanpa mengira jantina lelaki atau wanita. Elakkan dari menjadi tua sebelum usia.

    UNTUK INFO DAN ORDER :
    UMI KHALSUM BINTI SAAD
    016 9800 440
    umikhalsum/ Aspirasi Ibu Sihat & Cantik ( fb )


Friday, February 6, 2015

KELEBIHAN JADI AHLI AKADEMI BEKERJA DI RUMAH.


Jam sudah menganjak pukul 2.00 pagi. Entahlah kenapa mataku terasa keras benar pada malam ini. Besok kerja, tapi biarlah keterujaan menulis itu melebihi dari segalanya. Sejak saya mengetahui teknik-teknik penulisan yang betul di blog, saya merasa begitu teruja untuk menulis. Idea datang mencurah- curah dalam fikiran ini. Sebelum ini hendak menulis satu-satu entri pasti termenung dahulu. Manakan tidaknya fikiran ini terasa kosong, tidak tahu apa yang hendak di tulis. Adakah ini semua disebabkan penangan dari Akademi Bekerja Di Rumah ( ABDR ) ?. Mesti anda semua tertanya -tanya apakah  ABDR?
Pernah lihat tak logo seperti dibawah ini? Kalau anda pernah melihat mana-mana blog yang mempunyai logo ini, mereka adalah ahli ABDR.

APA ITU AKADEMI BEKERJA DI RUMAH?

Akademi Bekerja Di Rumah ialah satu kumpulan sokongan atau satu kelompok khususnya untuk para sura/suri yang ingin  bekerja dari rumah atau yang ingin menjana pendapatan dari rumah melalui online ( atas talian ) 100%.  Sehingga bulan Februari 2015 ahli ABDR sudah mencecah seribu orang lebih. Protege akan dimasukkan dalam kumpulan  kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut.

SIAPA PENGASAS ABDR?

Pengasas ABDR ialah Puan Masayu Ahmad. Sebelum beliau menubuhkan ABDR ini, beliau adalah seorang wartawan dan pengarang disebuah syarikat penerbitan di Malaysia. Sekarang beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan seorang suri rumah yang menjana pendapatan dari rumah ( WAHM ). Tujuan beliau mewujudkan ABDR ialah untuk membantu mana-mana atau sebagai kumpulan sokongan kepada para sura atau suri rumah yang ingin menjana pendapatan dari rumah melalui medium blog, fanpage facebook. Banyak ilmu dan tips -tips yang telah dijadikan panduan untuk ahli ABDR untuk lebih fokus dalam ABDR atau dalam penulisan blog dan untuk panduan bagi wanita yang bekerja makan gaji yang bercita-cita untuk bekerja di rumah ( WAHM ) dan mempunyai pejabat di rumah.( SOHO ). Disebabkan beliau seorang yang suka menulis, beliau telah berjaya menghasilkan beberapa buah buku yang amat berguna untuk dijadikan panduan. Antara buku yang telah beliau hasilkan ialah Jana Wang Di Rumah, Buat Duit Dengan Salon, Panduan 44 Hari Pantang Tradisional dan Moden, Ebook Jana Wang Di Rumah, Ebook Panduan mula Bisnes Butik, Ebook Super WAHM Super Mom, Ebook Belajar Asas Blog dan beberapa buah buku lagi akan diterbitkan.
SIAPA YANG BOLEH SERTAI ABDR ?
  • Suri rumah sepenuh masa yang ingin menjana pendapatan dari rumah.
  • Suri rumah yang bekerja dengan majikan dan ingin menjana pendapatan sampingan dari rumah atau sememangnya sudah menjalankan perniagaan kecilan secara sampingan.
  • Peserta bukan sahaja fokus kepada suri rumah, malah sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dari rumah boleh menyertai ABDR.

KELAS DI ABDR.
  • Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
  •   Kelas online iklan di mudah.my
  •   Kelas online penulisan kreatif
  •   Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
  • Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
  •   Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
  •   Ruang Iklan di Soho Directory

DI MANA KELAS AKAN DILANGSUNGKAN?
 
Kelas ABDR dilangsungkan  secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa apabila  sudah bersedia. Waktu kelas ini sangat fleksibel.  Anda tidak perlu keluar dari rumah dan meninggalkan keluarga. Apabila tugasan sudah disiapkan, anda bolehlah memaklumkan kepada guru online anda. Masa untuk menyiapkan tugasan bergantung kepada diri anda sendiri.

KENAPA PERLU SERTAI ABDR ?

 1. Peserta kami adalah kebanyakan suri bekerjaya dan surirumah yang bekerja  secara online 100 peratus, ia fleksibel, boleh mula bila-bila masa.. Ada 10 langkah tugasan untuk kelas asas blog dan penulisan, dan 16 langkah mudah untuk bina kedai online.

2. Selepas selesai semua tugasan, peseta akan di serap masuk dalam kumpulan tertutup ABDR. Dari situ peniaga boleh membina jaringan, peserta pula boleh mencari peluang-peluang baru untuk bina persahabatan dan sokongan.


3. Sangat sesuai untuk surirumah yang baru mahu mula, tidak tahu urusniaga asas, tidak tahu buat borang, tidak tahu mahu mula dari mana, tidak ada produk kit dan kami akan sedia kan produk.

4. Belajar membina kelompok sasaran untuk produk dan perkhidmatan yang bakal ditawarkan. Blog dan facebook adalah langkah paling asas dan mudah untuk kita belajar berjualan online. Ini sesuai bagi orang yang sibuk, surirumah yang pemalu.

5. Trek pemula. Bagi mahu mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Khususnya persediaan bagi surirumah yang tidak ada apa-apa asas. Kita mempunyai barisan pengajar di seluruh Malaysia, tidak ada had masa, kami menerima pendaftaran setiap hari.
6. Setelah tamat melakukan kesemua tugasan, protege boleh mula menggunakan blog dan fanpage niaga di facebook sebagai platform untuk menjana pendapatan dari rumah.

7.  Jaringan networking antara rakan akademi yang bergabung dalam ABDR juga kebanyakannya terdiri daripada kalangan surirumah dan suri bekerjaya.

8.  Boleh berkenalan dan bertukar pandangan, pengalaman dan kemahiran antara rakan akademi.

9.  ABDR sebagai kumpulan sokongan untuk suri yang bekerja dari rumah mendapatkan semangat, motivasi dan sebagainya.

10.  Pertukaran antara blog rakan akademi juga dapat membantu menarik traffik ke blog dimana ahli ABDR telah mencecah seramai 1000 orang lebih.

11.  Protege ABDR yang telah berjaya menyiapkan tugasan secara automatik akan menjadi Rakan Niaga ABDR dengan menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR secara online.

12. Sekiranya protege ABDR tidak ada lagi produk, protege juga adalah layak untuk menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR seperti ebook digital, kelas online dan tapak pengiklanan maya di soho directory.

13.  Penulisan protege ABDR yang baik berpeluang untuk mendapat perhatian majalah atau suratkhabar tempatan dan juga boleh menghasilkan ebook atau buku penulisan sendiri.

Alhamdulillah, selepas saya menjadi ahli ABDR, begitu banyak ilmu yang saya dapat berkenaan dengan blog, cara urusniaga online, motivasi daripada ahli ABDR dan lain-lain lagi. Rasanya dengan yuran yang saya bayar itu tidak dapat menyaingi ilmu yang saya perolehi di ABDR ini. Saya pun sebenarnya merasakan macam bermimpi disiang hari, manakan tidak macam tidak percaya saya mampu mempunyai blog sendiri hasil tangan sendiri. Ianya amat bernilai bagi saya yang baru hendak berjinak dalam dunia perniagaan online ini.

ABDR ini hanyalah satu tempat seperti sekolah dimana kami hanya melatih dan memberi ilmu kepada protege, tetapi kalianlah yang harus terus berusaha lebih gigih dan mempraktiskan semua ilmu yang diperolehi untuk mencapai kejayaan seperti yang diimpikan.
Nak sertai ABDR ? Nak tahu lebih lanjut?
Hubungi saya : UMI KHALSUM BINTI SAAD
016 9800 440
umikhalsum/ Aspirasi Ibu Sihat & Cantik ( fb )

Friday, January 30, 2015

BAHAYA PENGHAWA DINGIN

Dengan lafaz Bismillah saya memulakan entri saya ini.



Entah kenapa sejak kebelakangan ini badan saya rasa terlalu cepat letih. Adakah ini disebabkan saya berada dalam keadaan selsema dan batuk. Sejak akhir-akhir ini memang saya kerap diserang demam, batuk dan selsema. Hati saya pun tertanya-tanya kenapalah penghawa dingin di pejabat ini terlalu sejuk. Walaupun saya sudah memakai baju sejuk tetapi sejuk itu tetap terasa. Pada suhu berapa penghawa dingin ini di buka,tetapi jika difikir secara logik akal tentulah pada suhu yang paling sejuk. Sampai bila saya harus berada dalam keadaan begini. Dalam keadaan menahan kesejukan dan keadaan yang sentiasa diserang demam, batuk dan selsema. Bukan saya seorang sahaja yang merasa kesejukan ini, rakan-rakan yang lain pun sama. Ataupun ditambah dengan keadaan cuaca yang sejuk atau saya yang tidak sihat sebenarnya.


Jika dibiarkan tentu akan memudaratkan kesihatan. Berada didalam suasana atau ruangan yang tertutup yang di pasang penghawa dingin sebenarnya amat merbahayakan kesihatan . Antara kesan penggunaan penghawa dingin :
  •  Kerap sakit kepala dan keletihan.
  • Sakit kepala yang kronik.
  • Badan mudah terdedah kepada penyakit seperti lelah, batuk, demam dan selsema.
  • Kulit menjadi kering.
  • Sistem tubuh menjadi lemah.
  • Menyebabkan berlakunya stress apabila berada ditempat panas kerana tubuh sukar menyesuaikan diri di tempat panas.
  • Gangguan pernafasan.
Saya pun jadi terfikir sampai bila saya harus berterusan berada dalam keadan tidak sihat.  Andai di biarkan akan bertambah teruk keadaan saya ini. Oleh sebab itu saya mencari alternatif untuk membantu menguatkan antibodi tubuh saya ini. Saya mula mengamalkan memakan supplement pada setiap hari. Alhamdulillah, saya mampu melawan keadan tersebut. Demam, batuk dan selsema tidak lagi menyerang saya sejak saya mengamalkan supplement dari Shaklee ini. Bukan itu sahaja, bonus yang saya dapat ialah kulit saya menjadi lembap walaupun seharian berada di dalam bilik berhawa dingin.

Antara supplement yang boleh membantu anda yang bekerja di tempat berhawa dingin ialah:
B- COMPLEX
  • B complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% Biotin dan Asid Folik.
  • Membantu mengurangkan keletihan dan kelesuan.
  • Melawan tekanan.
  • Membantu meredakan sakit kepala.
  • Membantu menambah tenaga.
NUTRIFERON
  • Satu-satunya interferon semulajadi di dunia.
  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari.
  • Mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh T- cells, B -cells dan makrofag.
  • Melawan kanser dan tumor.
  • Meringankan stress dan kelesuan.
  • Melindungi dengan berkesan terutama sekali penyakit selsema, alergi, inflamasi dan influenza.
 VITAMIN C
  • Merangsang pembentukan kolagen.
  • Mengukuhkan sistem imun.
  • Menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema dan flu.
  • Mencantik dan melembapka kulit.
  • Mengekalkan kolestrol sihat.
hubungi saya untuk konsultasi secara percuma.
UMI KHALSUM BINTI SAAD
016 9800 440
umikhalsum / Aspirasi Ibu Sihat & Cantik (fb) 



Wednesday, January 28, 2015

MEROYAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Menyambut kehadiran cahaya mata dalam keluarga amat ditunggu-tunggu oleh seluruh ahli keluarga. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menunggu begitu lama dengan kehadiran penyeri hidup ini. Tetapi proses berpantang amat-amat membosankan kerana setiap perkara perlu di kawal dari segi pemakanan, kesihatan, cara berjalan,cara duduk dan boleh dikatakan dari segenap perkara perlu berpantang.

Ianya bukan satu perkara yang mudah. Bagi mereka yang berpegang teguh pada adat melayu tradisi proses berpantang adalah proses menyeluruh dari segala aspek. Malahan ada juga ibu bapa yang tidak membenarkan suami menghampiri isteri selama 44 hari. Kesemua ini adalah dilihat sebagai salah satu cara pencegahan untuk elak dari meroyan.

Dari sudut sains, gila meroyan adalah salah satu bentuk tekanan perasaan yang berpunca daripada keletihan dan gangguan emosi. Perkara ini terjadi apabila tiada kerjasama antara suami dan ahli keluarga kepada isteri yang sedang dalam proses berpantang. Sebagai contoh, ibu- ibu yang dalam pantang ini bukan sahaja perlu menjaga bayi yang baru dilahirkannya malahan terpaksa menjaga anak-anak yang lain dan juga terpaksa menguruskan rumahtangganya. Hal ini boleh menyebabkan terjadinya tekanan perasaan.

Penyakit meroyan ini boleh terjadi kepada mana-mana wanita tanpa mengira bangsa dan dari mana mereka berasal. Gila meroyan ini dikenali sebagai " Postpartum psychosis ".
Mengikut kajian, penyakit ini terjadi satu dalam 1,000 kes wanita yang melahirkan anak. Penyakit ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu :  

Postpartum Blues
  •  Perubahan mood antara gembira dan letih.
  • Mudah sedih dan sensitif.
  • Berakhir dengan sendirinya dalam tempoh tujuh hari.
 Pospartum Depression
  • Sedih berpanjangan.
  • Rendah diri dan berasa dia bukan ibu yang terbaik bagi anak yang baru dilahirkannya.
  • Tidak boleh menumpukan perhatian.
  • Letih dan tertekan.
  • Kurang selera makan.
  • Sukar tidur malam. 
 Postpartum Psychosis.
  •  Sukar tidur malam.
  • Resah berpanjangan.
  • Keletihan.
  • Berhalusinasi.
  • Mencederakan bayi atau diri sendiri.
  • Fikiran bercelaru.
  • Kemurungan.


BILA GILA MEROYAN TERJADI?

 Penyakit gila meroyan ini terjadi seawal dua minggu selepas bersalin. Penyakit ini menyebabkan ibu itu berhalusinasi. Satu perkara yang paling ketara dapat dilihat ialah ibu tersebut kerap menangis, berasa keseorangan dan malu dengan keadaan yang dihidapinya saat itu.Wanita yang terkena penyakit ini, sangat bahaya andai dibiarkan keseorangan. Ini adalah kerana ianya berpotensi untuk mencederakan bayi atau membunuh bayinya sendiri kerana merasakan bayi itu bukan anaknya. Selain itu juga, ianya berupaya untuk mencederakan dirinya dan membunuh dirinya.

Terdapat sesetengah kes itu, terjadinya gila meroyan ini selepas habis berpantang. Kes begini kebiasaanya melibatkan ibu-ibu yang bekerjaya. Manakan tidak balik kepejabat kerja bertimbun-timbun, tidak dicampur lagi dimarahi oleh bos. Apabila pulang kerumah, terus masuk ke dapur memasak, tak sempat untuk berehat, di campur lagi dengan anak-anak yang menangis, suami pula langsung tidak membantu isteri. Hal inilah yang menyebabkan terjadinya tekanan perasaan.

CARA RAWATAN.

  1. PSIKOTERAPI
 Kaunseling  dan nasihat bukan sahaja kepada wanita terbabit malahan kepada suami dan juga ahli keluarga.

2.  UBATAN ANTI KEMURUNGAN

Mengembalikan kecergasan dan keyakinannya semula. Wanita yang menerima rawatan memiliki peluang untuk pulih 100%, tetapi perlu pengesanan awal.

3. SUPPLEMENT
B Complex
  • Mencegah stress 
  •  Membantu menguatkan antibodi
  • Mencegah anemia
  • Melawan tekanan perasaan.
  • Meredakan sakit kepala, kemurungan.
  • Memastikan kesihatan fungsi saraf.
  • Memabntu mengurangkan keletihan atau kelesuan.
  • Menukar makanan kepada tenaga.
OSTEMATRIX  
  • Mengimbangi tekanan darah rendah.
  • Menggalakkan tidur yang selesa.
  • Memperbaiki jantung yang berdebar.
  • Membantu meredakan sakit kepala.
  • Menguatkan tulang
  • Sebagai penenang saraf.  
OMEGA GUARD
Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan,insomnia dan lain2.

Jangan di pandang ringan tentang penyakit gila meroyan ini. Suami dan ahli keluarga haruslah sama-sama berganding bahu dalam membantu ibu berpantang ini menguruskan segala hal. Sememangnya amalan berpantang ini nampak leceh tetapi ianya untuk kesan jangka panjang.

Hubungi : UMI KHALSUM BINTI SAAD
016 9800 440
umikhalsum / Aspirasi Ibu Sihat & Cantik ( fb)
COD untuk kawasan MARANG, HULU TERENGGANU DAN KUALA TERENGGANU serta penghantaran ke Negeri Terengganu serta Malaysia.

Copyright to UMI KHALSUM
Designed by UMIESUEstudio 2015