KELAS DI ABDR.
- Kelas online asas blog dan fanpage mula bisnes
- Kelas online iklan di mudah.my
- Kelas online penulisan kreatif
- Kelas online urus akaun WAHM/SAHM/SOHO
- Pendaftaran Rakan Niaga/ Pengurus Online
- Tempahan Blog Bisness/ Blog Penulisan
- Ruang Iklan di Soho Directory
DI MANA KELAS AKAN DILANGSUNGKAN?
Kelas ABDR dilangsungkan secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa apabila sudah bersedia. Waktu kelas ini sangat fleksibel. Anda tidak perlu keluar dari rumah dan meninggalkan keluarga. Apabila tugasan sudah disiapkan, anda bolehlah memaklumkan kepada guru online anda. Masa untuk menyiapkan tugasan bergantung kepada diri anda sendiri.
KENAPA PERLU SERTAI ABDR ?
1. Peserta kami adalah kebanyakan suri
bekerjaya dan surirumah yang bekerja secara online 100 peratus, ia
fleksibel, boleh mula bila-bila masa.. Ada 10 langkah tugasan untuk
kelas asas blog dan penulisan, dan 16 langkah mudah untuk bina kedai
online.
2. Selepas selesai semua tugasan, peseta akan di serap masuk dalam kumpulan
tertutup ABDR. Dari situ peniaga boleh membina
jaringan, peserta pula boleh mencari peluang-peluang baru untuk bina
persahabatan dan sokongan.
3. Sangat sesuai untuk surirumah yang baru
mahu mula, tidak tahu urusniaga asas, tidak tahu buat borang, tidak tahu
mahu mula dari mana, tidak ada produk kit dan kami akan sedia kan produk.
4.
Belajar membina kelompok sasaran untuk produk dan perkhidmatan yang
bakal ditawarkan. Blog dan facebook adalah langkah paling asas dan mudah
untuk kita belajar berjualan online. Ini sesuai bagi orang yang sibuk,
surirumah yang pemalu.
5. Trek pemula. Bagi mahu mula bisnes
secara sambilan atau sepenuh masa. Khususnya persediaan bagi surirumah
yang tidak ada apa-apa asas. Kita mempunyai barisan pengajar di seluruh
Malaysia, tidak ada had masa, kami menerima pendaftaran setiap hari.
6. Setelah tamat melakukan kesemua tugasan, protege boleh mula
menggunakan blog dan fanpage niaga di facebook sebagai platform untuk
menjana pendapatan dari rumah.
7. Jaringan networking antara rakan
akademi yang bergabung dalam ABDR juga kebanyakannya terdiri daripada
kalangan surirumah dan suri bekerjaya.
8. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan, pengalaman dan kemahiran antara rakan akademi.
9. ABDR sebagai kumpulan sokongan untuk suri yang bekerja dari rumah mendapatkan semangat, motivasi dan sebagainya.
10. Pertukaran antara blog rakan akademi juga dapat membantu menarik traffik ke blog dimana ahli ABDR telah mencecah seramai 1000 orang lebih.
11. Protege ABDR yang telah berjaya menyiapkan tugasan secara automatik
akan menjadi Rakan Niaga ABDR dengan menjual produk dan perkhidmatan
digital ABDR secara online.
12. Sekiranya protege ABDR tidak ada
lagi produk, protege juga adalah layak untuk menjual produk dan
perkhidmatan digital ABDR seperti ebook digital, kelas online dan tapak
pengiklanan maya di soho directory.
13. Penulisan protege ABDR yang
baik berpeluang untuk mendapat perhatian majalah atau suratkhabar
tempatan dan juga boleh menghasilkan ebook atau buku penulisan sendiri.
Alhamdulillah, selepas saya menjadi ahli ABDR, begitu banyak ilmu yang saya dapat berkenaan dengan blog, cara urusniaga online, motivasi daripada ahli ABDR dan lain-lain lagi. Rasanya dengan yuran yang saya bayar itu tidak dapat menyaingi ilmu yang saya perolehi di ABDR ini. Saya pun sebenarnya merasakan macam bermimpi disiang hari, manakan tidak macam tidak percaya saya mampu mempunyai blog sendiri hasil tangan sendiri. Ianya amat bernilai bagi saya yang baru hendak berjinak dalam dunia perniagaan online ini.
ABDR ini hanyalah satu tempat seperti sekolah dimana kami hanya melatih dan memberi ilmu kepada protege, tetapi kalianlah yang harus terus berusaha lebih gigih dan mempraktiskan semua ilmu yang diperolehi untuk mencapai kejayaan seperti yang diimpikan.